Green

Ahad, 28 Ogos 2011

KAD MERDEKA RAYA !!!!

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia ke-54... Disini saya memohon maaf sekiranya ada tersilap kata atau apa-apa yang yang menyakitkan hati sesiapa.. Harap maaf diterima... Maaf Zahir dan Batin... *Akhirnya siap jugak kad Merdeka Raya aq nih malas punya pasal lambat siap..Pada awalnya niat nak letak pic aq kat kad tuh tapi malas lah pulak.. haha.. so ini lah hasilnya.. Harap anda semua suka dengan kad nie ;)

Sabtu, 27 Ogos 2011

DIESEL EXCHANGE

Itu lah tema baju raya aq tahun ni entah knp aq pilih brand ni... Mybe ade ala aka ARMANI EXCHANGE kot .. haha...Quality not bad harga boleh tahan tapi sebab ada sale jer lah aq beli kalau x mampush aq x beli.. Design tahun nie x banyak yang kene dengan taste aq tapi last2 3 helai jugak baju aq beli.. =_=".. seluar? mula2 ngat nak ambik jugak seluar jeans diesel 50% sale tapi size x der!! Sial!! lain kali ambik lah stok lebih vongok.. disebabkan itu aq terbabantut nak beli seluar dahlah brand lain banyak mahal2 aq manerlah mampu.. so besok aq plan nk g usha kat mall lain pulak harap ada..

"Cinta Muka Buku"

First time aq dapat tau pasal lagu ni dari budak 'beria' kelas aq.. die beria nk bluetooth kat aq pastu aq accept jer lah so bila dh dengar tu best gak lagu ni then makin hari lagu tu makin banyak kali diputarkan di stesyen2 radio.. aq tahu tentang si najwa latif ni dari adik aq die suka sangat pasang cover lagu kat you tube then aq pon cakap boleh tahan bdak ni aq pon add najwa ni as friend die accept and aq pun subscribe youtube dier.. Lama kelamaan budak ni makin hot.. Dah rezeki die.. Alhamdulillah... Disebalik lagu nie kisah aq dengan "si dia' ade kaitan dengan lagu nie kiteorg berkenalan secara online then jeng2.. haha.. Lagu ni mengisahkan benda betul bukan rekaan semata-mata.. Saper yg dh terkena jer faham yg x terkena tu wat dono jer lah ea jangan reti nak ngata org jep :p ... Korang enjoy lah ea dengan lagu ni .. best.. kalau dh jemu tu buat bodoh jer lah... haha.. cau ;)







JUMAAT 26 OGOS 2011

Hairini antara hari paling best aq rasa bulan ni sebab aq dapat lepak lagi dengan orang aq sayang iaitu "Si Dia".. Walaupun aq masih menaruh harapan dengan si dia tapi aq harap aq dapat lupakan cinta aq dengan si dia... Aq harap kiteorg macam bff biasa x lebih dari tu..Tapi apa pun terima kasih Ya Allah dapat pertemukan aku dengan si dia lagi terubat rasa rindu ni.. Harini aq x lepak dengan si dia jer tapi dengan sorang kawan lama aq tapi baru kali ni first time kiteorg jumpa.. Si die pun baru kenal dengan bdak tu.. Keunikan kiteorg ni ialah kiteorg bertiga nie kenal secara online.. Bestkan dapat kawan baru.. Tapi yg slack harini kiteorg x dapat berbuka sama2 coz aq ada dinner dengan family tapi dengan kelicikan aq lepas buka dengan family aq pun tros cau lepak dengan dieorg smula... hahaha.. x puas siot lepak dengan member baru tambahan lagi org aq sayang tu pulak ader skali.. hehe.. happy sgt.. harap2 our next plan menjadi.. tak sabar nak jumpa lagi... hehe.. cau..

Khamis, 25 Ogos 2011

'' Si Dia "

Hurm... Setiap kali aq teringatkan "si dia" mesti hati ni rasa x best jer macam rasa kehilangan, kecewa dan rindu sesuatu.. Rasa nak jer duduk sorang2 atas bukit / bangunan / tempat tinggi nak tengok keindahan permandangan bumi ni sambil mendengar alunan bunyi alam sekitar...
Takpun pergi menyendiri kat kolam / sungai sambil berendam dan mendengar bunyi air yang sangat menenangkan.. Dalam ni aq x nak dan x kan cerita semua "Tentang Aku Dan Si Dia" kira dalam nie hanya sinopsis jep bukan apa semua org ada life and privacy masing2 kan so faham2 jer lah ea.. Masa awal tahun dulu aq jumpa "si dia A'' tapi tak lama dier buat kes lama tak reply mesej.. Dulu masa aq form 4 die lamar aq beria ajak pegi dinner tapi time tu aq rasa aq ni muda lagi malas nak cara hal cintan cintun tapi bila tahun ni dah kene kat batang hidung aq entah macam mana aq boleh jatuh cinta kat dier padahal dulu aq tolak dier mentah2 skrg baru aq rasa cmner.. seksa ko.. hari2 rindu kat dier.. giler rasa.. tapi lama kelamaan aq bijak mengawal diri dari hasutan syaitan aq slow2 lupakan dier walaupun agak susah tapi nak tak nak terpaksa lah...Sekarang kisah aq dan "Si Dia B". Cara aq kenal B ni sama macam cara aq kenal A jugak -> Online <- ... First time aq jumpa die masa aq mula2 nak register masuk kolej...sekejap jer jumpa dier x smpai 5 minit pon tu pun secara kebetulan aq ade bnde nk bagi kat dier... 2nd time aq jumpa dier pon x lama coz time tuh aq nak bagi hamster kat dier so aq pon hantar hamster dgn akak n mak aq.. sampai sana tgk2 dier dgn mak dier sedang menanti ketibaan kami.. sungguh riuh ibunya.. hehe.. 3rd time pulak time tu aq nk sangat jumpa dia bwk pegi lepak aq sanggup drive 80km semata-mata nak ambik die.. bab kata org cinta itu buta.. baru aq tahu bertapa butanya cinta tuh... pergi date pun tak lama bukan apa risau mak dier marah balik lambat biasalah anak bongsu.. 4th time aq jumpe dengan dier rasa happy sangat die nampak comel sgt tapi happy tu pun tak lama malam tu masa dia balik ada benda buruk terjadi kat die.. aq risau sangat2.. dier pun tak nak ingatkan semula trajedi malam tu.. Then pada malam tu jugak aq feel frust sangat2 ... Sekarang tengah try nak lupakan perasaan cinta aq dekat die.. Memang seksa tapi takpe aq akan try lupakan jugak walaupun ambil masa.. Orang dulu-dulu suka berpantun bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. So aq akan tabahkan hati menanti yang lain, harap dapat yang lebih baik dan lebih memahami.. Nasihat aq jangan mengharapkan yang satu sedangkan yang lain masih banyak.. Setiap orng pasti ada jodoh masing2 cuma perlu menanti dan jangan gelojoh dan memalukan diri sendiri.. Lagu kat bawah ni antara lagu paling aq suka bagi kategeri lagu cinta.. Harap korang pun suka lagu nie.. enjoy ;)







Lesen P Oh! Lesen P

Susah bebenor nak siapkan lesen P ni.. haish.. Aku rasa Pak Cik driving school ni kalau lah die nie betul2 ikhlas nak mengajar aq siapkan lesen P awal tahun aritu dah patut siap nie tidak aq senyap dier lagilah menyepi macam cacing bawah tanah.. Cuti ni aq nekad nak setelkan jugak benda yang parent aq bayar beribu tapi hasilnya kad murah yang dibaluti plastik keras tu.. Dulu lesen moto Pak Cik A buat keje macam x ikhlas langsung semua benda nak aq call dulu baru setel dah lah dah tua, gatal, macam x sedar diri jer dah berumur.. Lesen moto yang patut aq boleh dapat P dalam masa 2 bulan tapi siap dalam 10 bulan.. mental aq.. dier ingat aq ni takde benda nak buat ke .. huh.. banyak tol buang masa dengan lesen nie..Sekarang Lesen P kereta pun benda sama terjadi tapi Pak Cik R yang buat lesen kereta aq ni aq nampak skit keikhlasan dier ade lah jugak mesej and call aq x macam pak cik A motor tu kedekot!!! Lepas raya nie aq test JPJ for lesen P kereta, harap sangat takde apa2 masalah .. Amin,,

Perh!!!! Hampir 2 tahun tak Update Blog !!!!


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.. Rupanya sedar tak sedar hampir 2 tahun aku tak upadate blog nie... Perh!!!! Lama tu.... Maybe sebab busy dengan urusan dunia ni biasalah kita manusia banyak bende nak buat dengan hasutan "si setan" lagi.. Memang takkan habis lah dengan tarikan di dunia ni... Entah kenapa aq harini tetiba ada mood nak update blog ni maybe rindu lama x update dan saje nk lepaskan perasaan.. Semalam aq rasa hati aq hancur sangat3 tak tau kenapa maybe sebab aq terlalu sayang kat "si dia".. Buat masa sekarang nie aq tak nak cerita lagi pasal "si dia" maybe malam nie atau besok atau nanti aq akan post cerita tentang aq dan "si dia"... 

                                                        
 

Untuk maklumat korang sekarang aq sambung belajar di International College Of Automotive atau lebih dikenali sebagai ICAM aq ambik kos Diploma in Vehicle Assembly Management kos nie berkaitan dengan pemasangan kenderaan.. Kolej nie sebenarnya under DRB-HICOM so kelebihan aq masuk kolej nie aku dijamin deberi peluang pekerjaan dan lagi pun automotif ni salah satu minat aq Insyallah aq boleh tamatkan pengajian kat kolej nie dengan sebaiknya... Kolej nie terletak di Pekan, buat masa sekarang ni asrama sementara kiteorg di Peramu area Kompleks Yayasan Pahang.. Untuk ke kolej kiteorg disediakan  bus tapi tak semua bus selelsa nak naik bukan sendat cuma ada yang seat rapat dengan lutut, air cond panas, sound sistem teruk dan ade bus seat x sedap kalau nak tido bukan per jarak dari asarama ke kolej kiteorg 40km setengah jam tu beb nak sampai.. Bosan... Harap sangat2 asrama tetap kiteorg siap bulan 9 nie seperti yang dirancang... x larat beb... Sekarang ni student kolej aq semua tengah holiday sampai hujung bulan 9 nie best sangat tp agak bosan dan bg aq duduk kat rumah ni buat aq jadi makin malas dan tak berdisiplin dari duduk dekat hostel.. Maybe sebab rumah kita lagi selesa tu yang mengancam kot.. hehe.. ok lah stakat sini dulu lah kita kering idea dh nie nk type apa.. Apa pon aq harap sangat lepas ni aq dah tak abaikan blog aq lagi at least paling kurang aq nk update sekali sebulan "macam org dapat gaji lak" sebulan sekali... hehe.. Selamat berpuasa ... cau...

My JukeBox