Green

Jumaat, 5 September 2014

Jadikan Malamku Lebih Indah, Jadikan Siangku Lebih Terang






Lirik Lagu : Mewangi
Nyanyian : Akim & The Magistrate




Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu


Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya


Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati


Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya


Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu


Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya


Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati


Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya


Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya


Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Khamis, 4 September 2014

Bila "hai" tak reply bila bagi "salam" pun tak reply


Wahai NASKA.. Jangan sampai saya anggap awak macam ni.. Saya tak suka nak cakap mcm ni awak pun mesti tak suka kan.. Nanti awak jugak yang terasa hati.. Hurm...




"Bila 'hai' tak reply bila bagi 'salam' pun tak reply.. oh ye saya lupa awk hanya perlu saya bila awak rindu, sedih, bosan dan bila awak ada masalah.."'





  

Rabu, 3 September 2014

Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh aku berdiri ?

Dan ku tanya dalam diam dengan mata aku biar pejam, bagaimana mampu wujud sunyi di riuh aku berdiri, satu persatu hilang ertinya berdikit dikit menyesak dada, mahu ku lari dan bersembunyi tapi mana aku harus pergi?





Fynn Jamal - Tahu



Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Diriuh engkau berdiri
Satu persatu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Haus.. tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu namun tak kau akukan
Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma diletak tepi
Sayu.. tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu namun tak kau akukan
Apa kau cari yang sebetul betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Apa kau cari yang sebetul betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti yang sesungguh sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Sayu.. tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu kau sayu
Kau rindu sama Tuhan

Selasa, 2 September 2014

32 HARI




Harini genap 32 hari kita tak jumpa.. Patut la aku rasa rindu lain macam je.. Tapi aku tau kau tak rindu kat aku serindunya aku kat kau.. Cara kita chat pon tak gaya yang kau rindukan aku.. Aku tahu aku bukannya seorang yang istimewa untuk kau dan aku tahu aku bukannya orang yang sentiasa kau nantikan untuk kau terima panggilan dan messenger.. Aku tahu setiap kali aku call kau aku tahu kau sedar tapi kau selalu berikan alasan dan kekadang tu kau biarkan tanpa sebarang penjelasan.. Bila aku wechat @ whatssap @ pm fb kau aku tahu kau sedar akan kewujudan inbox tu tapi kau buat tak tahu.. Sampai satu tika kau bosan baru kau reply..


Aku Rindu Kau Naska


Isnin, 1 September 2014

Sejarah Jatuh Cinta

Tajuk takleh blah "Sejarah Jatuh Cinta" hahaha... dalam 1 TAHUN 23 BULAN aku x update blog ni mmg tipu la kalau aq lansung takda jatuh hati kat seseorang.. Macam-macam terjadi kat aku dalam 1 TAHUN 23 BULAN tu. Btw ini lah nama-nama manusia beserta sinopsis yang aku pernah jatuh cinta dari aku zaman sekolah lagi sampai la sekarang 2014, nama diaorang ni saja aku edit untuk privacy.. Walaupun skrg dah sampai ke angka no 6 takde sorg pun yg kiteorg declare as couple walaupun yang sorg tu aku anggap sebagai couple. Sebenarnya aku pun x tau kenapa aku susun cara terbalik giliran diaorg ni maybe sebab yang lama di bawah yang semakin baru di atas. Harap korang tak kisah lah ea kene baca dari bawah.. hehe :)



 
 

6) Naska
Orang paling lama bertahan dalam hati aku dan paling menguji perasaan aku. Dia ni ibarat bermusim. Kejap datang, kejap pergi, datang balik kemudian pergi semula.. Mula kenal awal tahun 2013 di musim hujan rasa bahagia sangat time tu selalu swap gambar. setiap minggu kite orang jumpa. Tapi dia mula berubah sejak dia dah nak habis degree.. Masa tulah aku mula diuji dengan pelbagau perasaan, Sampai harini aku still contact dengan dia tapi dah tak seseronok dulu.. Dia susah dah nak angkat call, nak reply sms, whatssap, wechat, facebook massengger. Aku tau dia perasan tapi takpa aku akan berfikir positif kalau aku fikir negatif aku jugak yang merana dia still x de apa macam orang x de perasaan.. Kisah pasal dia ni In Sya Allah aku kan cerita pana next post yang berlebel "Naska"..


5) Haaa
Satu-satunya budak kolej aku yang aku pernah jatuh cinta. Bermula dari sebuah website.. Lepas tu aku terus jatuh hati kat dia.. Padahal sebelum tu kiteorang kenal biasa-biasa je aku bukan layan sangat dia ni sebab dia mcm x layan aku sangat mybe sebab aku bukan kaki gamer mcm dia.. Pelik kan macam magik.. Malam tu aku bukak website tu terus aku suka kat dia.. Dashat.. Dari tak rapat, aq jadi slow-slow nak kenal dengan dia smpai la aku jadi kawan rapat dia sehingga ke harini.. Dia tahu aku suka dia tapi dia macam takde perasaan je.. Satu hari tu lastly dia bgtahu kat aku dia suka seseorang.. Dan aku time tu mmg dah hancus.. So aku fikir-fikir better lupakan perasaan kat dia tapi masih berkawan mcm biasa.. Dalam masa sama dia selalu share ngan aku pasal orang dia suka tu.. Mujur aku jenis open aku layan je la lagi pun pada masa sama aku aku akan makin rapat dengan dia.. Pandai x trick aku.. haha.. Tak dapat ko dapat rapat ngan ko pun jadilah terubat jugak rindu bila lepak sama-sama.. Aku jatuh hati ngan dia tak lama dalam 1 sem / 5-6 bulan aq dah dapat lupakan cinta aku kat dia.. Lega rasa.. No more cemburu.. haha..


3) Wozeif
Kisah bermula di muka buku aku pun dah tak ingat kisah dia mcm mana rasanya dlm post2 lepas aku dah citer pasal dia.. Kalau nak tau sangat korang cari lah Labels "Wozeif"..


2) Noslrac
Mula-mula aku kenal dia ni tak silap masa aku form 4. Dia ni chinese comel gak la.. hehe.. Dulu masa aq form 4 die lamar aq beria ajak pegi dinner tapi time tu aq rasa aq ni belum bersedia lagi malas nak cara hal cintan cintun ni tapi bila awal tahun 2011 dah kene kat batang hidung aq entah macam mana aq boleh jatuh cinta kat dier padahal dulu aq tolak dier mentah2 masa tu baru aq rasa cmner dia rasa.. hurm.. kisah pasal dia ni aq pernah kat pos entry sbelum ni : "Si Dia"


1) Zaums
Kenal sebab member aq couple dengan dia masa tu aku zaman sekolah lagi. Lepas aku suka kat dia then aku bgtau dia, lepas tu aku tak ingat apa jadi.. haha.. kisah lama gila dah.. Rasanya time tu dia dah nk pindah dari kuantan sebab ayah dia kene transfer.
   

Ahad, 31 Ogos 2014

Shock Fever



Tak sangka semalam ternangis smpai demam.. Shock Fever.. Telan ubat dkat 10 biji, terperap dalam selimut nk bg berpeluh punya pasal sbb nk sihat nk g KL harini.. Hopefully harini x demam semula kene jaga mkn ubat..  But im still headance..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57


31 Ogos 2014 adalah merupakan hari kemerdekaan negara kita iaitu Malaysia yang ke 57 dan 31 Ogos ini juga lah hari lahir ayah aku yang ke 53.. Selamat Hari Jadi Abah !!! Sempena hari kemerdakaan tahun ni ada 4 iklan video yang betul-betul menarik perhatian aku iaitu dari Malaysia Airlines, Petronas, Maxis dan Proton.. Harap korang pun suka lah.. Yang belum tengok lagi enjoy this video ;)









Proton Iriz









Seperti mana yang kita ketahui, PCC akan dijana oleh enjin NFE yang merupakan varian terbaru daripada keluarga enjin CAMPRO. 2 versi enjin NFE bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter bakal menjadi nadi utama PCC. Untuk versi produksi enjin NFE bakal dikenali sebagai VVT kerana ia dilengkapi dengan teknologi tersebut, selain ciri lain seperti Smart Alternator dan Maniverter (Manifold & Catalytic Converter). Secara kasarnya boleh la dikatakan enjin NFE ini adalah versi CFE tanpa pengecas turbo.

Kali ini Proton memilih BOSCH untuk membekalkan ECU/EMS untuk enjin NFE, sebelum ini komponen tersebut dibekalkan oleh Continental. Difahamkan pihak BOSCH telah mengenal pasti kelemahan ECU sebelum ini dan telah menaiktarafnya supaya lebih baik. Enjin NFE akan dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan (MT+) dari Getrag dan transmisi CVT2+ dari Punch Motive. Buat pertama kalinya, Proton memperkenalkan EPS (Electronic Power Steering) dalam produk keluarannya dan PCC adalah model tersebut.

Sistem pengendalian Proton atau lebih dikenali sebagai Proton Ride & Handling, masih menjadi taruhan utama. PCC bakal mempunyai sistem pengendalian yang lebih mantap dengan topang McPherson ditala dengan lebih jitu selain penggunaan Torsion Beam untuk gandar belakang untuk memastikan kereta kompak ini mempunyai ruang yang lebih luas. PCC juga akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan yang kebiasaannya hanya dijumpai pada model berharga lebih mahal, antaranya seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA dan HHA.

Selain ciri-ciri tersebut, Proton masih mengekalkan penggunaan struktur badan RESS (Reinforced Safety Structure) yang menggunakan besi yang dibentuk dengan teknologi Hot Press Forming. Terbukti kekuatan struktur besi yang menggunakan teknologi tersebut dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP untuk model Preve dan Suprima S yang lebih awal menggunakannya. Untuk menambahkan lagi ciri keselamatan PCC ia dilengkapi dengan tali pinggang keledar 3 titik, ISOFIX dan top theter. Tidak hairan kalau PCC juga bakal mencapai penarafan 5 bintang ASEAN NCAP kerana ujian telah dilakukan baru-baru ini di makmal MIROS.

PCC bakal menjadi model kedua dilengkapi dengan lampu LED siang (DRL) selepas Suprima S. Ia juga dilengkapi sistem kunci pintar, sensor undur dengan kamera dan tingkap kuasa anti-perangkap (untuk pemandu sahaja). Selain itu ciri-ciri elektronik pintar seperti peringatan servis, sistem navigasi mutimedia dan ABCM (Advanced Body Control Module) akan digunapakai pada model ini untuk mengurangkan penggunaan wayar dalam kereta yang secara tidak langsung menjadikan PCC lebih ringan.

cc : http://www.betulbetulonz.com.my/
cc : http://funtasticko.net/panas-spesifikasi-proton-compact-car-pcc-bocor/

Sabtu, 30 Ogos 2014

1 tahun 23 bulan

Harini genap 1 tahun 23 bulan atau nak senang faham 2 tahun 11 bulan aku tak update blog ni... Rindu tu memang tipu la kalau lansung x de.. Aku pun tak tahu kenapa aku lansung x de masa nak update blog ni padahal internet dah ada 4G LTE lagi tp mungkin masa aq belajar internet limit kuata so mmg kene berjimat lah.. *alasan.. haha

Apapun untuk maklumat korang 12hb Jun 2014 adalah paper final terakhir bagi Diploma aku.. Bersyukur sangat-sangat semuanya berakhir dengan selamat dan result aku boleh la walaupun CGPA aq x menrcapai target wlaupun result final aq dapat dekan. Cukup 3 tahun macam2 aku hadap kat kolej baru nak hidup ni.. Dengarnya masa kiteorang nak Konvokesyen nanti kolej aku ni dah jadi Universiti Kolej x sabar lak rasa.. hehe..

Lepas habis Diploma aku apply la online IPTS nak smbung Degree almaklum la nak apply IPTA UPU dah lepas sia-sia je aku beli no pin alasan tak boleh daftar UPU sebab aq belum habis Diploma yg tinggal seminggu dua lagi tu je.. Dah x de rezeki nk buat cmner kan so apply je la IPTS.. Mula-mula nak apply UniKL course engineering tp disebabkan aq belum ambik MUET aq x lepas..  Yang boleh ambik ialah kursus bukan engineering tapi bersyarat nanti daftar masuk bersyarat dengan aku janji kene buat MUET kat u tu nanti at least BAND 3.. Tapi bila aku apply UNISEL dgn IUKL dapat tawaran Bachelor of Engineering (Hons) Mechanical siap hantar surat tawaran kat rumah lagi yang IUKL tu siap call nak confirmkan.. Dalam tempoh tu aq buat research.. Kaji punya kaji keputusannya aku tak jadi nak ambik program engineering sebab aku dah sedar diri yang aku ni tak kuat math.. haha.. so aku pun buat la pilihan programme bukan engineering.. Kaji punya kaji keputusannya ada dua. Yang pertama Bachelor of Industrial Logistics (Hons.) yang hanya ditawarkan oleh UniKL MITEC - Masai, Johor. Kedua ialah programme Bachelor in Industrial Management (Hons) yang hanya di tawarkan di UMP, MSU dan UNISEL. Aku ingat nanti nk try call UMP dia accept x student dr IPTS aq tu.. So bila dah ada dua pilihan ni pulak kene buat research jugak mana satu yg lagi ok dan kemungkinan besar mungkin aku akan pilih programme Bachelor in Industrial Management (Hons) tapi tak tahu lagi nak pilih IPT mana. Doakan aku buat pilihan yang tepat ea..












My JukeBox