Green

Sabtu, 30 Ogos 2014

1 tahun 23 bulan

Harini genap 1 tahun 23 bulan atau nak senang faham 2 tahun 11 bulan aku tak update blog ni... Rindu tu memang tipu la kalau lansung x de.. Aku pun tak tahu kenapa aku lansung x de masa nak update blog ni padahal internet dah ada 4G LTE lagi tp mungkin masa aq belajar internet limit kuata so mmg kene berjimat lah.. *alasan.. haha

Apapun untuk maklumat korang 12hb Jun 2014 adalah paper final terakhir bagi Diploma aku.. Bersyukur sangat-sangat semuanya berakhir dengan selamat dan result aku boleh la walaupun CGPA aq x menrcapai target wlaupun result final aq dapat dekan. Cukup 3 tahun macam2 aku hadap kat kolej baru nak hidup ni.. Dengarnya masa kiteorang nak Konvokesyen nanti kolej aku ni dah jadi Universiti Kolej x sabar lak rasa.. hehe..

Lepas habis Diploma aku apply la online IPTS nak smbung Degree almaklum la nak apply IPTA UPU dah lepas sia-sia je aku beli no pin alasan tak boleh daftar UPU sebab aq belum habis Diploma yg tinggal seminggu dua lagi tu je.. Dah x de rezeki nk buat cmner kan so apply je la IPTS.. Mula-mula nak apply UniKL course engineering tp disebabkan aq belum ambik MUET aq x lepas..  Yang boleh ambik ialah kursus bukan engineering tapi bersyarat nanti daftar masuk bersyarat dengan aku janji kene buat MUET kat u tu nanti at least BAND 3.. Tapi bila aku apply UNISEL dgn IUKL dapat tawaran Bachelor of Engineering (Hons) Mechanical siap hantar surat tawaran kat rumah lagi yang IUKL tu siap call nak confirmkan.. Dalam tempoh tu aq buat research.. Kaji punya kaji keputusannya aku tak jadi nak ambik program engineering sebab aku dah sedar diri yang aku ni tak kuat math.. haha.. so aku pun buat la pilihan programme bukan engineering.. Kaji punya kaji keputusannya ada dua. Yang pertama Bachelor of Industrial Logistics (Hons.) yang hanya ditawarkan oleh UniKL MITEC - Masai, Johor. Kedua ialah programme Bachelor in Industrial Management (Hons) yang hanya di tawarkan di UMP, MSU dan UNISEL. Aku ingat nanti nk try call UMP dia accept x student dr IPTS aq tu.. So bila dah ada dua pilihan ni pulak kene buat research jugak mana satu yg lagi ok dan kemungkinan besar mungkin aku akan pilih programme Bachelor in Industrial Management (Hons) tapi tak tahu lagi nak pilih IPT mana. Doakan aku buat pilihan yang tepat ea..












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My JukeBox