Green

Memaparkan catatan dengan label Fynn Jamal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fynn Jamal. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2015

SELAMAT HARI BAPA !!!

Assalamualaikum.. Saja aku post awal entry kali ni untuk sambutan hari bapa yang akan disambut pada ahad ini. Untuk maklumat korang Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.




Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.

Untuk info, di Malaysia sambutan hari bapa diraikan pada Ahad ketiga di bulan June setiap tahun. Bagi tahun 2015 ia disambut pada 21 Jun ini.

Sempena Hari Bapa ni aku rasa lagu ni adalah terbaik untuk disampaikan kepada para bapa. 
Lagu oleh Fynn Jamal bertajuk Biar.





Rabu, 3 September 2014

Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh aku berdiri ?

Dan ku tanya dalam diam dengan mata aku biar pejam, bagaimana mampu wujud sunyi di riuh aku berdiri, satu persatu hilang ertinya berdikit dikit menyesak dada, mahu ku lari dan bersembunyi tapi mana aku harus pergi?





Fynn Jamal - Tahu



Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Diriuh engkau berdiri
Satu persatu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Haus.. tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu namun tak kau akukan
Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma diletak tepi
Sayu.. tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu namun tak kau akukan
Apa kau cari yang sebetul betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Apa kau cari yang sebetul betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti yang sesungguh sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Sayu.. tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu kau sayu
Kau rindu sama Tuhan

My JukeBox