Assalamualaikum.. Saja aku post awal entry kali ni untuk sambutan hari bapa yang akan disambut pada ahad ini. Untuk maklumat korang Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada 
awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi 
penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada 
tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian
 hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.
Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat
 dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah 
Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William 
Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya 
dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang 
kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil 
sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia 
disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon 
menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut 
dicatat di dalam kalendar. 
Untuk info, di Malaysia sambutan hari bapa diraikan pada Ahad ketiga di bulan June setiap tahun. Bagi tahun 2015 ia disambut pada 21 Jun ini.
Sempena Hari Bapa ni aku rasa lagu ni adalah terbaik untuk disampaikan kepada para bapa. 
Lagu oleh Fynn Jamal bertajuk Biar.
 
 
Nice collection of material http://www.kidsfront.com/academics/class.html
BalasPadam