Green

Ahad, 31 Ogos 2014

Shock Fever



Tak sangka semalam ternangis smpai demam.. Shock Fever.. Telan ubat dkat 10 biji, terperap dalam selimut nk bg berpeluh punya pasal sbb nk sihat nk g KL harini.. Hopefully harini x demam semula kene jaga mkn ubat..  But im still headance..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57


31 Ogos 2014 adalah merupakan hari kemerdekaan negara kita iaitu Malaysia yang ke 57 dan 31 Ogos ini juga lah hari lahir ayah aku yang ke 53.. Selamat Hari Jadi Abah !!! Sempena hari kemerdakaan tahun ni ada 4 iklan video yang betul-betul menarik perhatian aku iaitu dari Malaysia Airlines, Petronas, Maxis dan Proton.. Harap korang pun suka lah.. Yang belum tengok lagi enjoy this video ;)









Proton Iriz









Seperti mana yang kita ketahui, PCC akan dijana oleh enjin NFE yang merupakan varian terbaru daripada keluarga enjin CAMPRO. 2 versi enjin NFE bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter bakal menjadi nadi utama PCC. Untuk versi produksi enjin NFE bakal dikenali sebagai VVT kerana ia dilengkapi dengan teknologi tersebut, selain ciri lain seperti Smart Alternator dan Maniverter (Manifold & Catalytic Converter). Secara kasarnya boleh la dikatakan enjin NFE ini adalah versi CFE tanpa pengecas turbo.

Kali ini Proton memilih BOSCH untuk membekalkan ECU/EMS untuk enjin NFE, sebelum ini komponen tersebut dibekalkan oleh Continental. Difahamkan pihak BOSCH telah mengenal pasti kelemahan ECU sebelum ini dan telah menaiktarafnya supaya lebih baik. Enjin NFE akan dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan (MT+) dari Getrag dan transmisi CVT2+ dari Punch Motive. Buat pertama kalinya, Proton memperkenalkan EPS (Electronic Power Steering) dalam produk keluarannya dan PCC adalah model tersebut.

Sistem pengendalian Proton atau lebih dikenali sebagai Proton Ride & Handling, masih menjadi taruhan utama. PCC bakal mempunyai sistem pengendalian yang lebih mantap dengan topang McPherson ditala dengan lebih jitu selain penggunaan Torsion Beam untuk gandar belakang untuk memastikan kereta kompak ini mempunyai ruang yang lebih luas. PCC juga akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan yang kebiasaannya hanya dijumpai pada model berharga lebih mahal, antaranya seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA dan HHA.

Selain ciri-ciri tersebut, Proton masih mengekalkan penggunaan struktur badan RESS (Reinforced Safety Structure) yang menggunakan besi yang dibentuk dengan teknologi Hot Press Forming. Terbukti kekuatan struktur besi yang menggunakan teknologi tersebut dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP untuk model Preve dan Suprima S yang lebih awal menggunakannya. Untuk menambahkan lagi ciri keselamatan PCC ia dilengkapi dengan tali pinggang keledar 3 titik, ISOFIX dan top theter. Tidak hairan kalau PCC juga bakal mencapai penarafan 5 bintang ASEAN NCAP kerana ujian telah dilakukan baru-baru ini di makmal MIROS.

PCC bakal menjadi model kedua dilengkapi dengan lampu LED siang (DRL) selepas Suprima S. Ia juga dilengkapi sistem kunci pintar, sensor undur dengan kamera dan tingkap kuasa anti-perangkap (untuk pemandu sahaja). Selain itu ciri-ciri elektronik pintar seperti peringatan servis, sistem navigasi mutimedia dan ABCM (Advanced Body Control Module) akan digunapakai pada model ini untuk mengurangkan penggunaan wayar dalam kereta yang secara tidak langsung menjadikan PCC lebih ringan.

cc : http://www.betulbetulonz.com.my/
cc : http://funtasticko.net/panas-spesifikasi-proton-compact-car-pcc-bocor/

Sabtu, 30 Ogos 2014

1 tahun 23 bulan

Harini genap 1 tahun 23 bulan atau nak senang faham 2 tahun 11 bulan aku tak update blog ni... Rindu tu memang tipu la kalau lansung x de.. Aku pun tak tahu kenapa aku lansung x de masa nak update blog ni padahal internet dah ada 4G LTE lagi tp mungkin masa aq belajar internet limit kuata so mmg kene berjimat lah.. *alasan.. haha

Apapun untuk maklumat korang 12hb Jun 2014 adalah paper final terakhir bagi Diploma aku.. Bersyukur sangat-sangat semuanya berakhir dengan selamat dan result aku boleh la walaupun CGPA aq x menrcapai target wlaupun result final aq dapat dekan. Cukup 3 tahun macam2 aku hadap kat kolej baru nak hidup ni.. Dengarnya masa kiteorang nak Konvokesyen nanti kolej aku ni dah jadi Universiti Kolej x sabar lak rasa.. hehe..

Lepas habis Diploma aku apply la online IPTS nak smbung Degree almaklum la nak apply IPTA UPU dah lepas sia-sia je aku beli no pin alasan tak boleh daftar UPU sebab aq belum habis Diploma yg tinggal seminggu dua lagi tu je.. Dah x de rezeki nk buat cmner kan so apply je la IPTS.. Mula-mula nak apply UniKL course engineering tp disebabkan aq belum ambik MUET aq x lepas..  Yang boleh ambik ialah kursus bukan engineering tapi bersyarat nanti daftar masuk bersyarat dengan aku janji kene buat MUET kat u tu nanti at least BAND 3.. Tapi bila aku apply UNISEL dgn IUKL dapat tawaran Bachelor of Engineering (Hons) Mechanical siap hantar surat tawaran kat rumah lagi yang IUKL tu siap call nak confirmkan.. Dalam tempoh tu aq buat research.. Kaji punya kaji keputusannya aku tak jadi nak ambik program engineering sebab aku dah sedar diri yang aku ni tak kuat math.. haha.. so aku pun buat la pilihan programme bukan engineering.. Kaji punya kaji keputusannya ada dua. Yang pertama Bachelor of Industrial Logistics (Hons.) yang hanya ditawarkan oleh UniKL MITEC - Masai, Johor. Kedua ialah programme Bachelor in Industrial Management (Hons) yang hanya di tawarkan di UMP, MSU dan UNISEL. Aku ingat nanti nk try call UMP dia accept x student dr IPTS aq tu.. So bila dah ada dua pilihan ni pulak kene buat research jugak mana satu yg lagi ok dan kemungkinan besar mungkin aku akan pilih programme Bachelor in Industrial Management (Hons) tapi tak tahu lagi nak pilih IPT mana. Doakan aku buat pilihan yang tepat ea..












My JukeBox